Tuesday, 24 September 2013

Duhai Hati, Bersabarlah!

Hari ni rase mcm nak tulis something. which I believe nobody will read this pn.

Dalam hmpir tiga bln ni mcm2 jadi kat aku. Aku memohon perlindungan kpd Allah dr gangguan syitan-syaitan di sekelililing, agar hati aku tidak menjadi kotor dan hitam.

Tetapi aku belajar benda yang penting dalam hidup.

       "Jangan percaya kpd org lain sebelum kau percaya diri dahulu"

Aku penat memberi kepercayaan kpd org lain, seseorang yg kononnye kwn.

Aku dipertemukan dengan seorang yang sedikitpun tidak mengenang jasa aku, yang selalu menyangka aku suka menjatuhkannya tatkala aku menasihatinya.

Seorang yg tdk tahu, aku resah saat dia cuba mendekati dosa dalam seronoknya dia menghuni keheningan malam.

Dia, yang tidak menyaksikan air mata ini gugur saat aku menerima email-email emosinya, tohmahan-tohmahan yg tidak dapat aku padam dr kepala ini.

Dia juga tidak menyaksikan saat air mata aku mengalir saat 'inbox' handset aku dihujani tohmahan darinya.

Dia juga tidk tahu derita-derita yg aku lalui kerana dia. Di pejabat dn rumah.

Aku dahulunya berniat ingin membantu hamba mu itu, tapi aku dilemparkan dengan kata-kata benci. Aku dahulu kasihnkan hambamu itu, tp dibalas dengan prejudis. Andai benar aku dizalimi dengan penyiksaan batin, Ya Allah, aku mohon kau kabulkanlah doaku. "Dengan segala yang ada di langit dan bumi ini Kau gembirakanlah hidupnya Ya Allah. Namun, tiada tenang baginya menjalani hidup selagi tidak dia dtg meminta ampun seikhlas-ikhlasnya drpd Mu disusuli kemaafan dr ku".

Amin Ya Rab.



No comments:

Post a Comment